12 Hari / 10 Malam (Masuk Makkah)

 

Nota : Jemaah dinasihatkan memakai ihram dari Kuala Lumpur dan akan berniat umrah semasa di dalam penerbangan.

HARI 01           KLIA / JEDDAH / MAKKAH

Para jemaah hendaklah berkumpul di Aras 5 berhampiran kaunter ‘L’ KLIA 3 1/2 jam sebelum berlepas ke Jeddah. Jemaah dinasihatkan memakai ihram. (Jemaah akan berniat umrah didalam kapal terbang). Sampai di Jeddah, Jemaah akan dibawa oleh mutawif menaiki bas berhawa dingin ke Makkah dan terus ke hotel penginapan dan daftar masuk hotel.  Selepas 1 jam berehat jemaah akan dibawa ke Masjid ilharam untuk melakukan umrah pertama.

HARI 02           MAKKAH                                  (S/T/M)

Acara bebas (Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua jemaah) jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjid ilharam)

HARI 03           MAKKAH                                  (S/T/M)

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Masjid Namirah, Mudzalifah, Mina dan Jaaranah. Jemaah boleh berniat ihram di jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah seterusnya.

HARI 04           MAKKAH                                  (S/T/M)

Acara bebas. (Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua jemaah yang dilantik).

HARI 05           MAKKAH                                  (S/T/M)

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Di Hudaibiyah Jemaah dibawa melawat  Muzium Makkah (tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri Saudi). Jemaah diingatkan membawa/memakai ihram kerana berpeluang bermiqat di Hudaibiyah.

HARI 06           MAKKAH                                  (S/T/M)

Acara bebas. (Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua jemaah yang dilantik).

HARI 07           MAKKAH / MADINAH              (S/T/M)

Selepas solat zohor, jemaah boleh mengerjakan tawaf wida. Daftar keluar hotel dan Kemudian akan bertolak  ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin. Sampai di Madinah, jemaah akan terus ke hotel dan daftar masuk. Acara bebas

HARI 08           MADINAH                                (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa ziarah dalam ke Masjid Nabawi, Maqam Rasullulah S.A.W, Maqam Saidina Abu Bakar R.A, Maqam Saidina Umar R.A, Raudhah (Bimbingan Mutawiffah bagi wanita) dan juga perkuburan Baqi.

HARI 09           MADINAH                                (S/T/M)

Acara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin kemana-mana dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik atau rakan sebilik).

HARI 10           MADINAH                                (S/T/M)

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa menziarah tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatin, Ladang Kurma, Melalui Masjid Tujuh dan Medan Perang Khandak.

  1. HARI 11 MADINAH / AIPPORT JEDDAH (S/T)

Acara bebas. Jemaah boleh la bersiap – siap untuk ziarah ‘Wida’ dan akan bertolak  ke Jeddah. Semasa perjalanan atau sampai di Jeddah, Jemaah akan berhenti untuk makan. Seterusnya akan ke Airport Jeddah untuk berangkat pulang ke KLIA.

  1. HARI 11 MADINAH / AIRPORT MADINAH (S/T)

Acara bebas. Selepas solat zohor, jemaah boleh la bersiap – siap untuk ziarah ‘Wida’ dan akan bertolak  ke Airport  Madinah untuk berangkat ke KLIA.

HARI 12           JEDDAH / KLIA   

Jemaah dijangka tiba di KLIA. Semoga mendapat Umrah Maqbullah, In Shaa Allah….

ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA DENGAN PERSETUJUAN JEMAAH