12 Hari / 10 Malam (Masuk Madinah)

 

HARI 01           KLIA / JEDDAH / MADINAH                 (M)

Para jemaah hendaklah berkumpul di Aras 5 kaunter ‘L’ KLIA  iaitu 3 1/2 jam sebelum berlepas ke Jeddah. Sampai Jeddah Jemaah akan dibawa oleh mutawif menaiki bas berhawa dingin ke Madinah. Setibanya di Madinah, daftar masuk hotel penginapan dan berehat..

HARI 02           MADINAH                                            (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa ziarah dalam ke Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah S.A.W, Maqam Saidina Abu Bakar R.A, Maqam Saidina Umar R.A, Raudah (bimbingan Mutawiffah untuk wanita) dan Perkuburan Baqi.

HARI 03           MADINAH                                            (S/T/M)

Aturcara bebas.(Bagi Jemaah yang ingin kemana-mana dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik atau rakan sebilik).

HARI 04           MADINAH                                            (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa oleh mutawif ziarah luar menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota madinah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatin, Ladang Kurma, Melalui Masjid Tujuh dan Medan Perang Khandak.

HARI 05           MADINAH / MAKKAH                          (S/T/M) 

Acara bebas, Selepas solat Zohor, Jemaah di minta bersiap untuk ziarah Wida’ dan akan bertolak ke Mekah. Dalam perjalanan, Jemaah akan singgah Bir Ali. Di Bir Ali Jemaah boleh memakai ihram dan berniat umrah (Dalam perjalanan Jemaah akan berhenti makan di R&R). Setibanya di Mekah, jemaah akan di bawa ke hotel untuk daftar masuk dan dinasihat berehat sebentar sebelum melakukan Umrah pertama.

HARI 06           MAKKAH                                              (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik). Jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjidil Haram).

HARI 07           MAKKAH                                              (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa menziarah ke tempat-tempat bersejarah sekitar kota Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Masjid Namirah, Mudzalifah, Mina dan Jaaranah. Jemaah boleh beniat  ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah seterusnya.

HARI 08           MAKKAH                                              (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik).

HARI 09           MAKKAH                                              (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Di Hudaibiyah Jemaah dibawa melawat Muzium Makkah (tertakluk kepada kelulusan kementerian dalam negeri Saudi) Jemaah dingatkan membawa/memakai ihram kerana berpeluang bermiqat di Hudaibiyah.

HARI 10           MAKKAH                                              (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik). Jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjidil Haram).

HARI 11           MAKKAH / JEDDAH                             (S/T)

Acara bebas. Selepas solat zohor, Jemaah daftar keluar hotel dan boleh mengerjakan tawaf wida. Jemaah akan bersedia untuk bertolak ke airport Jeddah untuk berangkat pulang.

HARI 12           JEDDAH / KLIA  

Jemaah bertolak dari Jeddah dan dijangka tiba di KLIA.  Semoga beroleh umrah maqbullah, InsyaAllah. Amin….

ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA DENGAN PERSETUJUAN JEMAAH