Umrah Disember  2017

HARI 01 – 06Dec      KLIA / JEDDAH – (M)

Para jemaah hendaklah berkumpul di Aras 5 kaunter ‘L’ KLIA jam 3.30 petang iaitu 3 1/2 jam sebelum berlepas ke Jeddah pada pukul 7.30 petang.

HARI 02 – 07Dec     JEDDAH / MADINAH – (S/T/M)

Jemaah dijangka tiba di Jeddah pada jam 12.05 pagi. Jemaah akan dibawa oleh mutawif menaiki bas berhawa dingin ke Madinah. Setibanya di Madinah, daftar masuk hotel penginapan dan berehat. Selepas solat Asar, Jemaah akan dibawa ziarah dalam ke sekitar Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah S.A.W, Maqam Saidina Abu Bakar R.A, Maqam Saidina Umar R.A, Raudah (bimbingan Mutawiffah untuk wanita) dan Perkuburan Baqi.

HARI 03 – 08Dec     MADINAH –  (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin kemana-mana dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik atau rakan sebilik).

HARI 04 – 09Dec      MADINAH – (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa oleh mutawif  menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota madinah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Ladang kurma, melalui Masjid Tujuh dan tempat yang pernah menjadi Medan Perang Qhandak.

HARI 05 – 10Dec     MADINAH / MAKKAH – (S/T/M)

Acara bebas, Selepas solat Zohor, Jemaah di minta bersiap untuk ziarah Wida’ dan akan bertolak ke Mekah. Dalam perjalanan, Jemaah akan singgah Bir Ali untuk memakai ihram dan berniat umrah (Dalam perjalanan Jemaah akan berhenti makan di R&R). Setibanya di Mekah, jemaah akan di bawa ke hotel untuk daftar masuk dan dinasihat berehat sebentar sebelum melakukan Umrah.

HARI 06 – 11Dec      MAKKAH – (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik). Jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjidil Haram).

HARI 07 – 12Dec     MAKKAH – (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa menziarah Manasik Haji seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina dan Jaaranah. Jemaah boleh beniat  ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah seterusnya.

HARI 08 – 13Dec     MAKKAH – (S/T/M)

Aturcara bebas. (Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik). Jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjidil Haram).

HARI 09 – 14Dec      MAKKAH – (S/T/M)

Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Di Hudaibiyah Jemaah dibawa melawat Muzium Makkah (tertakluk kepada kelulusan kementerian dalam negeri Saudi) Jemaah dingatkan membawa/memakai ihram kerana berpeluang bermiqat di Hudaibiyah.

HARI 10 – 15Dec      MAKKAH – (S/T/M)

Aturcara bebas.(Bagi Jemaah yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan memaklumkan kepada ketua Jemaah yang dilantik). Jemaah boleh bermiqat di Ta’naim (7.5km dari Masjidil Haram).

HARI 11 – 16Dec      MAKKAH / JEDDAH – (S/T)

Selepas solat Asar, Jemaah bolehlah mengerjakan tawaf wida. Pulang kehotel Jemaah daftar keluar hotel dan bersedia untuk bertolak ke airport Jeddah untuk berangkat pulang. Jemaah dijangka bertolak dari Jeddah pada jam 11.00 malam.

HARI 12 – 17Dec    KLIA

Jemaah dijangka tiba di KLIA jam 01.00 petang.  Semoga beroleh umrah maqbullah, InsyaAllah. Amin….

Harga Pakej Termasuk :-

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Visa Umrah & Insurans
  • Kursus Umrah & taklimat
  • Pengangkutan
  • Ziarah Makkah & Madinah
  • Penginapan di Makkah & Madinah
  • Mutawiff & Mutawiffah
  • Makan di Hotel Makkah & Madinah
  • Cenderahati
  • Air Zam zam 5 liter